Thursday 24 November 2011

Tentang Kita: BreakFast MinDa

Tentang Kita: BreakFast MinDa: Listen it! This song will fresh u back my dear! adakalanya kita merasa sakit dan terjatuh, namun percayalah, peluang untuk bangkit akan sela...

Sunday 20 November 2011

Awak KOpi Gula dan SaYa Teh Susu!

percaya atau tidak, adakalanya kita memilih pasangan berdasarkan persamaan ....ehm....betullah! saya suka camping dan saya mengharapkan orang yang saya sayang juga sukakan camping..itu contoh.. begitu juga dengan perkara lain, sentiasa mengharapkan persamaan. mungkin ada bagusnya juga pasangan atau persahabatan yang terjalin dengan persamaan. satu keperluan dikongsi bersama. pastinya rasa itu turut dikongsi dan lebih difahami. ramai yang memandang persaaan sesuatu yang sangat penting sehingga terlalu rigid dalam mencari pasangan.tapi, itulah hakikat yang tak boleh kita nafikan, MENGHARAPKAN PERSAMAAN AGAR BERTEMU KEBAHAGIAAN...

namun, adakah perbezaan itu suatu perkara yang patut dijauhi? bagi saya, adakalanya perbezaan itulah membuatkan sesebuah hubungan makin istimewa. "awak suka kopi saya suka teh.awak suka letak gula dan saya suka letak susu. jadi, istimewa bukan? awak boleh tengok teh susu saya dan saya boleh bau kopi gula awak yang pekat dengan bau dan rasa!jadi, kita tidak memandang minuman yang sama. namun, kita tetap boleh menikmati rasa yang sama-menikmati minuman kegemaran walaupun minuman kita berbeza!"

MY pakcik selalu berkata pemilihan warna yang saya suka sangat teruk! terang dan seolah-olah cuba menarik perhatian orang lain. sedangan bagi saya, warna yang terang itu adalah fresh! gud looking dan sangat unik. ianya melambangkan keberanian  dan saya tak suka sama dengan orang lain. dalam erti kata yang sebenar, memang saya suka pada kelainan! bukan kerana mahu mengambil perhatian orang lain tapi kerana saya suka pada keunikan!kami  bertengkar  dan akhirnya, kami terdiam. saya mula sedar, itulah perbezaan kami yang nyata.. namun akhirnya saya cuba memahami RASA beliau. beliau sukakan warna yang slow motion, sederhana dan baginya tak mahu orang memandang apa yang dia miliki. wah, itulah berbezanya kami.! apa yang saya dapat ? tidak semua manusia itu sama. dan percayalah, apabila seseorang yang kita suka dan sayang tidak kira dalam  kalangan family, sahabat dan sebagainya mempunyai perbezaan dengan kita, percayalah....ianya suatu KEISTIMEWAAN!

kita belajar untuk menghargai dan menerima idea dan perkara yang berbeza dalam hidup kita. perbezaan bukan  bermakna kita memaksa diri menerima perkara baru dan menolak pendapat diri sendiri namun  kita mengetahui dan belajar menerima orang lain sebagaimana mereka menerima kita seadanya.dan apabila wujudnya perbezaaan, perkongsian rasa dan perasaan bertolak ansur itu penting. kadang-kala ada yang menjeruk rasa dan tidak mahu meluahkan apa yang dirasai sehingga menyebabkan  timbulkan perang dingin. bagi saya, berterus terang itulah yang terbaik. mencari pasangan yang cukup ideal dan mempunyai banyak persamaan adakala sukar. jadi, terimalah apa yang kita miliki dan percayalah, ianya cukup menyeronokkan memiliki sesuatu yang berbeza!

Awak kopi gula dan saya teh susu! Luv it so much!


Thursday 3 November 2011

Balik KAmPung Untuk RAya AidilAdha

hari ini saya sememamngnya tiada kelas...ehm..bekerja pun tidak,jadi saya banyak menghabiskan masa melepak di rumah kawan. Terfikir juga saya sepatutnya mengemas barang untuk pulang ke kampung malam ini. Oh, baju masih belum packing, barang pun mcm tu juga.tapi...saya relax juga..sempatttt....tapi dalam sempuuttt....hehehe.

bagi yang pulang ke kampung halaman, semoga perjalanan kalian lancar hendaknya.Baca doa naik kenderaan...semoga perjalanan lancar hendaknya!



Ni kisah anak yang balik kampung tapi kerja banyak...(ce renungkan2kan untuk kita yang tengah banyak asgment yang bercuti raya ni)



saya pasti ramai yang nak siapkan kerja dalam masa cuti..alahai..kerja..kerja..asgment pun berlambak. saya sendiri terfikir kenapa agaknya dalam cuti pun ada juga kerja menanti.(hehehe). namun begitu, pandai-pandailah yea kawan2 membahagikan masa! meh tengok cerita ni...sentap tuuu.....

MAri kita Wat senaman PAgi dengan Taichi! waaalllaaaa....

pagi ini saya bangkit dengan semangat baru. dan awal-awal lagi sudah bersemangat! jadi, jom kita bertaichi...mungkin boleh diaplikasikan unntuk semua golongan. baik dan bagus untuk kesihatan juga baaahhh....

Pernah ditipu, menipu dan tertipu?? Arghh...

saya memandang pada sekumpulan orang. ada yang terlalu jujur dan naif. malah, mereka sukar menipu dan sukar sekali  memperbodoh-bodohkan orang lain. Namun, apabila mereka tidak memperbodohkan orang lain, mereka pula dianggap BODOH. hakikat yang saya dapat hari ini, orang yang menipu pula dikatakan golongan bijak pandai. Adilkah begitu? Ya. Mungkin. Mungkin tidak. Bergantung pada setiap individu..

Saya benci sekali ditipu oleh orang! Really hate that!namun akhirnya sering sekali ditipu dan tertipu. Akhirnya, saya renungkan kembali perkara yang saya lakukan. Kenapa saya sering ditipu? Kenapa saya? Apa yang saya buat sampai orang tipu saya? Naif benarkah saya?? dalam merangkak penuh kekecewaan, saya imbangi kembali perasaan saya. Akhirnya saya temui sesuatu. saya juga penipu. dan itulah hakikat yang saya perlu nyatakan pada diri saya.

sentiasa mengelak daripada mengaku kesalahan, malah adakalanya menipu untuk menwaspadakan diri daripada ditipu! Oh, manusia memang aneh...Saya tidak suka ditipu namun saya seorang penipu. Inilah hukum alam. Kita akan dapat apa yang kita beri. Jika penipuan yang saya bagi, maka penipuan jugalah yang saya dapat. ..Ya, sebelum kita cari salah orang, tengok dahulu salah kita. Perbaiki bersama-sama. Dan saya yakin, hidup ini memang indah, sekalipun anda pernah dikecewakan oleh ramai manusia! Peace no war>>