Saturday 15 October 2011

BUANG SEKOLAH : RELEVAN ATAU PENAMBAH MASALAH SOSIAL?

 saya ingin bertanya kawan-kawan sekalian atau bakal kaunselor atau guru mahupun bakal- bakal guru yang kelak akan menuju destinasi ke sekolah nanti. Relevankah hukuman buang sekolah dilaksanakan?? ok..siapa setuju angkat tangan!  Kenapa setuju,nyatakan. Siapa tak setuju, sila komen. pada saya, istilah hukum menghukum ini biarlah berbatas.

"Kau ni baik tak ada lah dari menyemak kat sekolah!"
"Datang sekolah buat apa?? menyusahkan orang! buat masalah!"
" Bebal betul! daripada 100 kau hanya dapat 16 markah!! BODOH!!!"

ok..itu antara kata-kata yang mungkin kita pernah dengar. terpulang..pada siapa ditujukan. namun, cuba fikirkan apa agaknya perasaan orang yang ditujukan tersebut?

"bodoh sangat ke aku ni?"
"tak berguna ke aku ni?
"kenapa semua orang susah nak nampak kelebihan aku?"

kembali kepada tajuk kita, BUANG SEKOLAH. patut ke seorang guru besar memberi hukuman buang sekolah kepada pelajar? cuba fikirkan apa agaknya  yang akan terjadi kepada pelajar tersebut jika dia diberhentikan sekolah? tak belajar. kalau bekerja, nak kerja apa? siapa kawan dengannya nanti? orang yang belajar? ke orang yang  satu rumpun dengannya sekarang (tak belajar dan tak tahu nak buat apa)?

ok..kita mungkin bayangkan dia dibuang sekolah pertama dan kemudian masuk sekolah lain( sekolah kedua). tapi...macamana kalau dia tidak memasuki mana2 sekolah??
"Well..serik dah aku! masuk sekolah wat aper?? nanti kena buang jugak! go to hell la sekolah2 nih!"

nampak tak anak2 kita dah serik nak ke sekolah? pada mereka, sekolah dah tiada apa2 yang menarik. tak ada yang istimewa. yang mereka ingat, sekolah ini menyeksakan. so, kaunselor, apa tindakan anda?dan cikgu lain, apa tindakan anda juga? fikir2kan...

ok....jangan fikirkan lagi apa yang akan berlaku pada dia sekarang...Tapi fikirkan apa yang berlaku pada negara kita kelak.halloo..nak tengok masa depan  negara kita, tengoklah remaja kita sekarang! sayangkan negara kita, sayangilah remaja kita, sayangilah anak-anak kita! terjebaknya remaja ke alam yang tidak sepatutnya...mungkin kita kena tanya pengalaman orang lain. ehm....selongkar! sebelum saya tamatkan disini dengan seribu persoalan, saya  tinggalkan dengan satu pesanan :

" TIADA ANAK YANG TIDAK BOLEH DIAJAR, NAMUN ADA IBU BAPA  YANG TIDAK PANDAI MENGAJAR"

Friday 14 October 2011

Benda Yang Dirancang Tidak Menjadi Benda Tidak Dirancang Menjadi

wow..klise kan?? asal buat sesuatu yang diplan, pasti ada je kekurangan. Aneh bukan ? Tapi itulah kenyataan. Adakalanya lebih senang tidak merancang sesuatu perkara itu, maka ianya berjalan dengan penuh lancar. tahu kenapa jadi begitu ? Kerana Kita MERANCANG! haha..oppsss...jangan salah paham pulak. bukan kita kena hidup tanpa rancangan .......TETAPI...ubah pemikiran kita saja........

USAH TERLALU MENGHARAPKAN KESEMPURNAAN PADA RANCANGAN YANG KITA BUAT...


renungkan kembali....pada rancangan kita, woooww...perfect! namun apa yang terjadi,,,"kecewalah!" kita mungkin kecewa, namun percaya rancangan Tuhan pada rancangan kita ada hikmahnya..Mengajar kita untuk terus berusaha lebih lagi dan jangan mudah berputus asa. saya percaya kegagalan mampu membuatkan kita matang. Betul tak? Terpulang....

rancangan yang tidak menjadi pula, maksud saya....LANGSUNG TIDAK MENJADI. OH,tidak mengapa! Berusahalah untuk terus merancang! Tidak salah rasanya untuk kita merancang sekali lagi. Walaupun bukan dengan rancangan ASAL. Ubah apa yang boleh, baiki apa yang lemah....bak kata formal.."KESULITAN AMAT DIKESALI"

tahu kenapa rancangan yang tidak kita rancang berjalan pula, dengan lancar sekali?? kerana kita tidak mengaharapkan kesempurnaan pada rancangan tersebut. Yelah, sebab tidak dirancangggg......haha.Sebenarnya, Tuhan itu Maha ADil. DIa telah meletakkan semua perkara kena pada tempatnya. Jika dia meninggalkan kamu, tidak bermakna kamu akan kekal kesunyian. Jika perasaan itu hilang dengan sendiri, usah bertanya kenapa, kerana kita sendiri tiada jawapannya....(^.^)

Tuesday 11 October 2011

Bagi hati atau berhati-hati?

Sedang saya  melayan lagu di radio, tiba-tiba terdengar lagu terbaru Ungu (sebuah kumpulan Indonesia, saya rasa semua sudah kenal) "Percaya Padaku"  menangkap cuping telinga saya. Aneh bukan? Aneh bukan kerana lagu itu dinyanyikan oleh orang Indonesia menjadi kegilaan negara ini, tetapi bagaimana seseorang boleh meletakkan kepercayaan pada seseorang dengan sepenuh hati? Ehm..fikirkan kembali....  saya tahu bagaimana rasanya dipercayai dan mempercayai seseorang...dan bagaimana kepercayaan itu dimusnahkan begitu sahaja. jadi, persoalannya, Bagi hati atau berhati-hati? terpulang pada kita. Tepuk dada tanya selera.
Tapi janganlah pula kita menjadi seseorang yang selalu berprasangka. Tidak elok juga...(-,-)