Saturday, 15 October 2011

BUANG SEKOLAH : RELEVAN ATAU PENAMBAH MASALAH SOSIAL?

 saya ingin bertanya kawan-kawan sekalian atau bakal kaunselor atau guru mahupun bakal- bakal guru yang kelak akan menuju destinasi ke sekolah nanti. Relevankah hukuman buang sekolah dilaksanakan?? ok..siapa setuju angkat tangan!  Kenapa setuju,nyatakan. Siapa tak setuju, sila komen. pada saya, istilah hukum menghukum ini biarlah berbatas.

"Kau ni baik tak ada lah dari menyemak kat sekolah!"
"Datang sekolah buat apa?? menyusahkan orang! buat masalah!"
" Bebal betul! daripada 100 kau hanya dapat 16 markah!! BODOH!!!"

ok..itu antara kata-kata yang mungkin kita pernah dengar. terpulang..pada siapa ditujukan. namun, cuba fikirkan apa agaknya perasaan orang yang ditujukan tersebut?

"bodoh sangat ke aku ni?"
"tak berguna ke aku ni?
"kenapa semua orang susah nak nampak kelebihan aku?"

kembali kepada tajuk kita, BUANG SEKOLAH. patut ke seorang guru besar memberi hukuman buang sekolah kepada pelajar? cuba fikirkan apa agaknya  yang akan terjadi kepada pelajar tersebut jika dia diberhentikan sekolah? tak belajar. kalau bekerja, nak kerja apa? siapa kawan dengannya nanti? orang yang belajar? ke orang yang  satu rumpun dengannya sekarang (tak belajar dan tak tahu nak buat apa)?

ok..kita mungkin bayangkan dia dibuang sekolah pertama dan kemudian masuk sekolah lain( sekolah kedua). tapi...macamana kalau dia tidak memasuki mana2 sekolah??
"Well..serik dah aku! masuk sekolah wat aper?? nanti kena buang jugak! go to hell la sekolah2 nih!"

nampak tak anak2 kita dah serik nak ke sekolah? pada mereka, sekolah dah tiada apa2 yang menarik. tak ada yang istimewa. yang mereka ingat, sekolah ini menyeksakan. so, kaunselor, apa tindakan anda?dan cikgu lain, apa tindakan anda juga? fikir2kan...

ok....jangan fikirkan lagi apa yang akan berlaku pada dia sekarang...Tapi fikirkan apa yang berlaku pada negara kita kelak.halloo..nak tengok masa depan  negara kita, tengoklah remaja kita sekarang! sayangkan negara kita, sayangilah remaja kita, sayangilah anak-anak kita! terjebaknya remaja ke alam yang tidak sepatutnya...mungkin kita kena tanya pengalaman orang lain. ehm....selongkar! sebelum saya tamatkan disini dengan seribu persoalan, saya  tinggalkan dengan satu pesanan :

" TIADA ANAK YANG TIDAK BOLEH DIAJAR, NAMUN ADA IBU BAPA  YANG TIDAK PANDAI MENGAJAR"

2 comments:

  1. setuju!
    tiada anak yg x blh diajar.. anak tu dbntuk dri ibu bapa =)

    ReplyDelete
  2. yup..kita yang mencorakkan kain yang putih...

    ReplyDelete