Friday 30 December 2011

Lets Have A nEw Kick! Start Ur day 2012..

 menjelang 2012, ramai yang mula memasang azam tahun baru dan menilai kembali azam tahun2 lepas yang pernah dihajati..Berjaya tak? Ehm..renung-renungkan...dalam hidup ini, adakalanya saya sendiri berfikir, banyak benda yang dipelajari. bagaimana mempelajari sesuatu perkara tu, adakah melalui kesilapan atau pengalaman sendiri mahupun daripada orang lain? bagi saya, pengalaman banyak dikutip melalui penceritaan orang lain. malah, saya sendiri banyak melakukan kesilapan yang akhirnya buat saya tersedar dan cuba memperbaiki diri...

menjadi seseorang yang sempurna adalah sangat mustahil.malah, ramai yang terlalu mengharapkan mereka menjadi sempurna.tak cantikla...tak bijak la...tak menawan...tak sebaik dia ni la...dia sangat bertuah la...hellooo...adakah anda tidak bertuah? nilaikan diri anda! U are beautiful not becoz they say it but u say it. tak payah lah terlalu mengharap dan menanti pujian2 daripada orang ramai hanya kerana nak meletakkan harga kendiri anda pada suatu tempat yang tinggi, tapi pertamanya, hargailah dahulu diri sendiri...

buka buku baru! yup.sangat bermakna untuk kita membuka buku baru dalam hidup. bagi saya, ada beberapa tips untuk sapa2 yang rasa perlukan hidup baru tu.Lets check it out babeh....


  1. cari diari! penting ke? ehmm...penting juga...terutama yang pompuan..mesti nak tulis2 apa. kadang-kala tulis diari ni banyak kebaikannya. pertama, memori tu boleh direverse bile dah lupa kelak. kedua, boleh jadi pengurusan stress yang baik. ketiga, dialah yang bakal menemani suka duka kita nanti..pendengar yang baikkk....hahaha
  2. bina azam baru yang boleh disasarkan ! kenapa? sebab bila azam ada, maknanya kita tahu apa yang kita nak capai untuk tahun ni. contohnya, azam saya tahun ni nak beli hardisk. kan nampak bermatlamat tu...jadi, pastinya saya nak ukur kejayaan tu untuk tahun2 depan. 
  3. buang semua benda lama dan tukarkan dengan yang baru!kenapa? sebab kadang-kala benda yang lama tu bagi banyak memori untuk kita dan benda ni lagi menyukarkan kita untuk tutup buku. sayang? fikirkan kembali. sayang atau terus dalam kesedihan?..tapi kalau rasa ianya agak kejutan, make it slowly dear...hehe
  4. bina hubungan yang mesra dengan semua orang. mesra??auw..mesra yang macamana? janganlah sengih tak tentu pasal lak..haha.tapi yang penting, binalah persahabatan yang mesra antara kengkawan kita. find ur bestiee....at least, xda la hidup ni terasa sunyi sepi. btol tak?
  5. brainwash otak dan start ur day! makan sihat otak sihat pemikiran sihat dan segalanya akan sihat! paling penting, fikirkan kebahagiaan. allow...single tu ok aper...lagi best! jadi, jangan lah fikir keburukan je...bagi yang dah ada pasangan lak, jangan asyik fikir buruk je..bina sesuatu perkara yang boleh menyihatkan hubungan tu.aisheehhh....carilah memori yang baik untuk tahun ni.permulaan yang baik diharapkan pengakhiran yang baik! so,peace no war!

Tuesday 27 December 2011

wahhh...kenapa mesti rasa malu?

pernah tak rasa malu? wahh...saya terfikir kenapa mesti nak rasa malu yea? ish,bukanke malu itu pun sebahagian daripada iman?huhu..
hari ni terasa malu sangat..owh,mana nak letak muka ni yea..terasa macam semua bnda buat tak jadi, nak tido pom kadang-kala mcm mata tak leh nak tutup jerk...aisyeh.pernah tak rasa mcm tu? ish,normal tak? kadang-kala macam nak sengih sorang2..hahaha.macam orang biol je kan?

tapi tulah yang saya rasa sekarang ni.muka pun da merah da...huhu~~benci.....

Monday 26 December 2011

Someone Like You

bagaimana nak menghargai seseorang? kenapa bila seseorang tu dah pergi dan tinggalkan kita baru kita nak hargai mereka? so, beware of this my dear....

jangan plak terus frust mcm ni..tapi, perasaan putus cinta ini buat kita belajar kan?? saya tertarik dengan lagu ini. ntah kenapa, mungkin kerana suaranya....namun gemersik kata2nya cukup menusuk hati kecil saya. wahhh..cukup menyayat hati =,='


Oh kenapa mesti SAYA, bukan DIA?!

dalam hidup, adakalanya kita pasti mengeluh kenapa mesti kita yang mendapat sesuatu musibah tersebut.kenapa mesti yang mendapat ujian itu adalah kita? kenapa bukan orang lain? ada mungkin merungut, malah ada juga kecewa dan menangis. bersabarlah sahabatku...namun, masih ada yang mampu tersenyum walaupun penuh kepahitan. ...Cuba kita bandingkan persoalan-persoalan kita sebenarnya sudah terjawab di dalam Al-Quran...

1. ya Tuhan, KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3


2. ya Tuhan, KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. ” – Surah Al-Baqarah ayat 216


3. ya Tuhan, KENAPA AKU MENDAPAT UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB: “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ” – Surah Al-Baqarah ayat 286


4. ya Tuhan, KENAPA SAYA HARUS MERASA KECEWA DAN PUTUS ASA?

QURAN MENJAWAB: “Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman. ” – Surah Al-Imran ayat 139


5. ya Tuhan, BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk ” – Surah Al-Baqarah ayat 45


6. ya Tuhan, APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?” – Surah At-Taubah ayat 111



jika renungkan kembali, kuatkanlah semangatmu wahai sahabat sekalian. segalanya pasti sangat indah walau bagaimana kehidupanmu sekarang atau masa lalu.<3. Belajar daripada pengalaman!

Thursday 24 November 2011

Tentang Kita: BreakFast MinDa

Tentang Kita: BreakFast MinDa: Listen it! This song will fresh u back my dear! adakalanya kita merasa sakit dan terjatuh, namun percayalah, peluang untuk bangkit akan sela...

Sunday 20 November 2011

Awak KOpi Gula dan SaYa Teh Susu!

percaya atau tidak, adakalanya kita memilih pasangan berdasarkan persamaan ....ehm....betullah! saya suka camping dan saya mengharapkan orang yang saya sayang juga sukakan camping..itu contoh.. begitu juga dengan perkara lain, sentiasa mengharapkan persamaan. mungkin ada bagusnya juga pasangan atau persahabatan yang terjalin dengan persamaan. satu keperluan dikongsi bersama. pastinya rasa itu turut dikongsi dan lebih difahami. ramai yang memandang persaaan sesuatu yang sangat penting sehingga terlalu rigid dalam mencari pasangan.tapi, itulah hakikat yang tak boleh kita nafikan, MENGHARAPKAN PERSAMAAN AGAR BERTEMU KEBAHAGIAAN...

namun, adakah perbezaan itu suatu perkara yang patut dijauhi? bagi saya, adakalanya perbezaan itulah membuatkan sesebuah hubungan makin istimewa. "awak suka kopi saya suka teh.awak suka letak gula dan saya suka letak susu. jadi, istimewa bukan? awak boleh tengok teh susu saya dan saya boleh bau kopi gula awak yang pekat dengan bau dan rasa!jadi, kita tidak memandang minuman yang sama. namun, kita tetap boleh menikmati rasa yang sama-menikmati minuman kegemaran walaupun minuman kita berbeza!"

MY pakcik selalu berkata pemilihan warna yang saya suka sangat teruk! terang dan seolah-olah cuba menarik perhatian orang lain. sedangan bagi saya, warna yang terang itu adalah fresh! gud looking dan sangat unik. ianya melambangkan keberanian  dan saya tak suka sama dengan orang lain. dalam erti kata yang sebenar, memang saya suka pada kelainan! bukan kerana mahu mengambil perhatian orang lain tapi kerana saya suka pada keunikan!kami  bertengkar  dan akhirnya, kami terdiam. saya mula sedar, itulah perbezaan kami yang nyata.. namun akhirnya saya cuba memahami RASA beliau. beliau sukakan warna yang slow motion, sederhana dan baginya tak mahu orang memandang apa yang dia miliki. wah, itulah berbezanya kami.! apa yang saya dapat ? tidak semua manusia itu sama. dan percayalah, apabila seseorang yang kita suka dan sayang tidak kira dalam  kalangan family, sahabat dan sebagainya mempunyai perbezaan dengan kita, percayalah....ianya suatu KEISTIMEWAAN!

kita belajar untuk menghargai dan menerima idea dan perkara yang berbeza dalam hidup kita. perbezaan bukan  bermakna kita memaksa diri menerima perkara baru dan menolak pendapat diri sendiri namun  kita mengetahui dan belajar menerima orang lain sebagaimana mereka menerima kita seadanya.dan apabila wujudnya perbezaaan, perkongsian rasa dan perasaan bertolak ansur itu penting. kadang-kala ada yang menjeruk rasa dan tidak mahu meluahkan apa yang dirasai sehingga menyebabkan  timbulkan perang dingin. bagi saya, berterus terang itulah yang terbaik. mencari pasangan yang cukup ideal dan mempunyai banyak persamaan adakala sukar. jadi, terimalah apa yang kita miliki dan percayalah, ianya cukup menyeronokkan memiliki sesuatu yang berbeza!

Awak kopi gula dan saya teh susu! Luv it so much!


Thursday 3 November 2011

Balik KAmPung Untuk RAya AidilAdha

hari ini saya sememamngnya tiada kelas...ehm..bekerja pun tidak,jadi saya banyak menghabiskan masa melepak di rumah kawan. Terfikir juga saya sepatutnya mengemas barang untuk pulang ke kampung malam ini. Oh, baju masih belum packing, barang pun mcm tu juga.tapi...saya relax juga..sempatttt....tapi dalam sempuuttt....hehehe.

bagi yang pulang ke kampung halaman, semoga perjalanan kalian lancar hendaknya.Baca doa naik kenderaan...semoga perjalanan lancar hendaknya!



Ni kisah anak yang balik kampung tapi kerja banyak...(ce renungkan2kan untuk kita yang tengah banyak asgment yang bercuti raya ni)



saya pasti ramai yang nak siapkan kerja dalam masa cuti..alahai..kerja..kerja..asgment pun berlambak. saya sendiri terfikir kenapa agaknya dalam cuti pun ada juga kerja menanti.(hehehe). namun begitu, pandai-pandailah yea kawan2 membahagikan masa! meh tengok cerita ni...sentap tuuu.....