Tapi janganlah pula kita menjadi seseorang yang selalu berprasangka. Tidak elok juga...(-,-)
Ianya tentang kita...menangis dan ketawa adalah perkara biasa. Namun setakat mana perkara itu biasa bagi kita? saya juga insan biasa, masih punya kekurangan dan perlukan sesuatu yang bermakna untuk terus melangkah!
Tuesday, 11 October 2011
Bagi hati atau berhati-hati?
Sedang saya melayan lagu di radio, tiba-tiba terdengar lagu terbaru Ungu (sebuah kumpulan Indonesia, saya rasa semua sudah kenal) "Percaya Padaku" menangkap cuping telinga saya. Aneh bukan? Aneh bukan kerana lagu itu dinyanyikan oleh orang Indonesia menjadi kegilaan negara ini, tetapi bagaimana seseorang boleh meletakkan kepercayaan pada seseorang dengan sepenuh hati? Ehm..fikirkan kembali.... saya tahu bagaimana rasanya dipercayai dan mempercayai seseorang...dan bagaimana kepercayaan itu dimusnahkan begitu sahaja. jadi, persoalannya, Bagi hati atau berhati-hati? terpulang pada kita. Tepuk dada tanya selera.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment